Islam Is The Way Of Life ~
Asslamualaikum , semua ( :
Dah lame ana x mencoret sesuatu di sini . Di sini , ana coretkan satu topik yg bagi ana rasanya x kurang pentingnya juga untuk kita ketahui .
Bila sebut sahaja ISLAM , mesti ia sudah sinonim dengan kita sbg individu MUSLIM . Malah yg bukan muslim pun mesti tau bila dsebut ISLAM . Pendek kata , Islam ini telah manjadi bualan sejak zaman berzaman . Sejak diutuskn Muhammad Rasul terakhir kita & itulah risalah yg dibawa baginda .
Bila sebut sahaja ISLAM , pelbagai pandangan @ pendapat yg lahir dari fikiran .Sebelum itu , marilah kita sama sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat nikmat paling utama iaitu nikmat Islam . Sejak dilahirkan sudah diazankan & diiqamahkan . Terlupa pulak ana . Mungkin ada yang membaca nukilan ini bukan Islam . Apapun , ana doakan agar diberi hidayah olehNya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu Islam dan turut sama join the club . . .
Di sini juga tidak bermakna yang bergelar muslim mahupun muslimah sekarang ini kenal dengan lebih jelas lagi apa itu Islam.. Samalah dengan ana sebelum 2003 dulu . Masih mencari & masih berperang dengan diri sendiri . Masih mencari identiti diri sendiri . . Islam cuma nama di kad pengenalan . Mengamalkan Islam pada perkara perkara yang berkaitan dengan ibadah sahaja . Masih keliru , bertudung hanya mengikut fesyen semata mata kerana di situ tidak jelas kewajipan bertudung (tahu perkara itu wajib).. Tapi tidak terasa keterikatan dengan hukum itu sendiri .. Di rumah tidak bertudung walaupun ada lelaki AJNABI . . . Bertudung hanya bila keluar rumah sahaja . Pendek kata , bila diingatkan dosa dosa yang lalu , kecut perut dibuatnya .. Sudikah Allah menerima taubatku & mengampunkan dosa dosaku yang lalu .... Ya Allah , ampunilah dosa dosa hambaMu yang hina ini . . .
Amin ~