Monday, 4 March 2013

Ukhuwah Fillah ( :


ASSALAMUALAIKUM ! :)




Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga . Meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya ,
Namun cebisan kenangan kita . Sentiasa bermain di bayangan mata , 
Detik waktu yg berlalu . Menjadi memori kau dan aku sentiasa :)

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu .Tanpa mengenal erti penat jemu , 
Ingatkah kau lagi . . Kita bersama memijak onak duri , 
Ditanah gersang mengutip semangat suci . Kini segalanya tersurat dalam sanubari . . .


Bersabarlah dengan ketentuan-Nya . Ada rahmat yang tersembunyi

Bertemu berpisah kerana Allah . Lumrah kehidupan insan beriman

Moga saat nan indah . Ku harap berulang lagi . InsyaAllah . Jika Pnjang Umur ~



Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.


Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi .  .

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah Kami (:

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.   Ukhuwah itu HEBAT ! ^^



TERIMA KASIH . DATANG LAGI :)